Monday, August 17, 2009

Anugerah Khas Robotik SBP 2009





Sekolah Menengah Sains Sabah telah diberi Anugerah Khas Robotik 2009 sempena Hari Kecemerlangan SBP yang berlangsung di Sekolah Sri Puteri, Putrajaya, Kuala Lumpur. Anugerah ini diberi atas pencapaian pasukan robotik SMESH yang telah 3 kali mewakili Malaysia ke acara robotik yang bertaraf antarabangsa.
1. World Robot Olympiad 2007, Taipei, Taiwan.
2. World Robot Olympiad 2008, Yokohama, Japan.
3. Second Science and Technology Camp for Youth in South East Asia 2009 (Robot Scarvenging), Phnom Penh, Cambodia.
Anugerah Khas Robotik SBP telah disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin di Putrajaya International Convention Centre (PICC). Anugerah ini telah di terima oleh En. Tan Hin Long selaku guru pembimbing robotik SMESH dan pelajar-pelajar yang terlibat ialah Raysieo Duakin, Irex Dee Gabriel dan Ershal Emasain.