Wednesday, March 25, 2009

PHYSICS-Sound Interference


NXT 9797 is used as signal generator in my Physics Class. I use combination of 2 NXT bricks to show students how the interference of sound happens.
1. Arrange the NXT as shown in the above diagram.
2. Press on the NXT button to select TRY ME-SONAR-RUN. Sound is produced.
3. Ask students to walk 2 meter in front of the NXTs.
4. Soft sound and loud sound will be heard alternately along the way.
5. Calculation,
wavelength = ax
----
D

a = distance between to speaker of NXTs
x = distance between 2 consecutive loud sound
D= distance between the NXTs and the line where observation is carried out.

Tuesday, March 24, 2009

Robotic In School



Sabah Science Secondary School starts to implement Robotic In School program officially this year (2009). This programme is being introduced by the Principal Tn. Hj. Zaini bin Zair in order to create a field of specialization for the school. The mission of the school is ‘ To achieve World Class standard in Education’. In order to achieve the mission of the school, the Robotic In School Programme has been launched. This is an important step to acknowledge the role of robotics in the world of science and technology today. SMESH aims to produce future generation who is good in robotic to face the global challenge.

The tactical plan for the Robotic In School Program consists of two important strategies:

a. Robotic in Education Programme
b. Robotic Club

Robotic In Education is a program to recommend Robotics as a subject into the school curriculum. The target for the initial robotics curriculum is the Form 1 students (13 years old). The robotics syllabus for the Form 1 students consists of 4 topics.

Robotic Syllabus
No. Activity
1. Basic construction engineering with LEGO
2. Geomery Robot
3. Clear the Table
4. Rescue the Chicken
In the first phase of the implementation, arrangement has been made with the Relief Teacher in the school to send F1 students for Robotic class when the Robotic Time table is met. Form 1 students only need to enter the robotic laboratory 4 times throughout the year. The basic skills student will acquire from the robotic syllabus are

1. Method to construct stiff robot or structure
2. Method to steer a two wheels robot around
3. Method to handle light sensor, sound sensor and touch sensor
4. Programming language ( Robolab or Mindstorm)
5. Cooperation

The robotic syllabus is taught during relief classes for the Form 1 students on Tuesday and Wednesday 12.10pm to 1.20pm depends on the availability. The schedule is arranged by the teacher in charge of Relief Class.

Robotic Club is form to introduce robotic in the co-curriculum activities. Robotics Club is responsible to train students for robotic competition, innovation projects and recreation projects.

Future Planning
1. The school will allocate a bigger room as robotic laboratory.
2. The school will introduce robotics syllabus to the Form 2, 3, 4 and 5 students.
3. The school will add more facilities to the robotic laboratory ( computer, LCD, robots).
4. The school will create a showroom for robot.
5. Robotic training centre for surrounding school.

Camp Science and Technology for Youth In Southeast Asia, Phnom Penh, Cambodia
















Pada 24 Feb 2009, SMESH telah menghantar 2 orang pelajar untuk mewakili Malaysia ke Science Camp and Technology di Phnom Penh, Kemboja. Pasukan SMESH yang diiringi oleh En. Tan telah bertolak dari KKIA pada pukul 10.00am dan tiba di KLIA pada pukuk 12.35pm. Kami telah menginap di Rumah Penginapan Sasbadi untuk satu malam. Kami juga dibawa untuk berjalan-jalan di sekitar Kota Damansara pada malam tersebut.
pada 25 Feb 2009, pasukan SMESH telah bertolak dari Sasbadi House lebih kurang pukul 5.00 pagi dan tiba di KLIA pukul 6.10am. Di sana, kami telah diberi sedikit taklimat oleh wakil dari Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu En. Raja Azahar. Kami juga berkenalan dengan rakan sepasukan dari Pulau Pinang. Seramai 3 orang peserta dari Pulau Pinang iaitu You JunTam, JianNing Teoh dan SiangLing yang akan menyertai Camp Science and Technology kali ini. Kami juga berkenalan dengan guru pengiring dan juga ketua rombongan yang akan menjaga kami sewaktu berada di Kemboja. Beliau ialah En. Ahmad Bushrah bin Abdul Rahman yang berasal dari Pahang dan diamanahkan untuk membawa rombongan mewakili Malaysia ke Kemboja. Kami bertolak dari KLIA pada pukul 9.30am dan tiba di Phnom Penh iaitu ibu Negara Kemboja pada pukul 11.20 pagi. Di sana ketibaan kami disambut oleh seorang pemandu jalan dan membawa kami ke Princess Hotel yang akan menjadi tempat penginapan kami selama kami berada di Kemboja. Kami beri tiga bilik dan setiap bilik ditempatkan 2 orang peserta. Kami mengambil kesempatan untuk berehat sepanjang hari itu.
Pada 26 Feb 2009, kami bangun awal dan bersiap sedia untuk pergi bersarapan pagi. pada pukul 7.00pagi, kami dibawa ke tempat di mana bengkel akan diadakan. Kami tiba di Cambodia Japan Cooperation Centre (CJCC) hanya beberapa minit selepas kami bertolak dari Princess Hotel. Di sana kami melihat robot Scarvenger yang telah dihasilkan oleh pelajar-pelajar University of Tokyo, University of Cambodia dan University of Indonesia. Kami juga diberi tugasan mengasing dan memasukkan komponen-komponen Lego ke dalam tempat-tempat yang betul di dalam kotak LEGO. Kami balik ke Princess Hotel tepat pada pukul 7.00 petang untuk berehat. Kami juga diberi tanda nama, pakaian dan beg galas. Pada hari itu, ramai peserta dari Kemboja, Singapura, Thailand, Laos, Timur dan Indonesia turut mendaftar. Kami diminta bangun awal setiap hari kerana bas akan bertolak pukul 7.00pagi ke CJCC.
Pada 27 Feb 2009, kami telah siap bersarapan pagi sebelum 7.00 pagi. Kami bertolak ke CJCC untuk menyertai upacara perasmian Kem Sains. Wakil dari Kementerian Pelajaran di Kemboja telah datang untuk merasmikan bengkel tersebut. Selepas itu, semua peserta dikumpulkan bagi memudahkan kerja pembahagian kumpulan. Kami dibahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian A dan Bahagian B. Dua daripada peserta Malaysia telah ditempatkan di Bahagian A dan 3 orang peserta di Bahagian B. Peserta di bahagian masing-masing dibahagikan lagi kepada kumpulan kecil yang terdiri daripada 3 orang peserta dari Negara yang berlainan. Selepas pembahagian kumpulan, kami diberi sedikit taklumat tentang projek yang akan kami lakukan nanti. Peserta di bahagian A telah memulakan fasa 1 iaitu membina Walker, Magno Bird dan Dragster dengan menggunakan LEGO. Setiap kali sesuatu robot itu siap direka, satu pertandingan kecil akan diadakan. Kami membuat projek ini sehingga pukul 6.30 petang.
Pada 28 Feb 2009, program diteruskan dengan modul LEGO fasa kedua. Seramai dua orang penuntuk University Technology of Indonesia telah membimbing kami bagi melaksanakan modul LEGO tersebut. Modul LEGO fasa kedua telah bermula seawal 7.00 pagi sehingga 6.00 petang. Setelah tiba di CJCC, aktiviti pemasangan LEGO dilaksanakan. Hasil yang kami perolehi ialah Solar Car, Ferri Wheel dan Windmill. Objektif penghasilan solar car adalah untuk menerangkan kepada para pelajar tentang penukaran tenaga solar kepada tenaga kinetik. Di samping itu, para pelajar juga diberi kelonggaran untuk menghasilkan atau mengubah kereta solar agar bertambah laju ketika diuji di litar perlumbaan. Selain itu, objektif bagi penghasilan Ferris Wheel adalah untuk melahirkan pereka cipta muda. Selain itu, pelajar diajar tentang penukaran tenaga solar kepada tenaga kinetik. Tenaga kinetik yang dihasilkan oleh Ferris Wheel juga digunakan untuk memindahkan beban yang terlalu berat ke tempat yang tinggi. Penghasilan Windmill merupakan idea yang berbeza berbanding solar car dan Ferris Wheel kerana melibatkan tenaga yang lain iaitu tenaga angin. Tenaga angin ini telah diterjemah kepada tenaga yang membolehkan manusia melihat iaitu tenaga cahaya. Tenaga cahaya ini telah digunakan bagi mencantikkan Ferris Wheel.
Setelah selesai kesemua modul LEGO, satu pertandingan telah diadakan bagi setiap kumpulan A dan B. Pertandingan yang berlangsung bagi kumpulan B ialah kelajuan solar car manakala kumpulan A ialah rekacipta suatu mesin yang boleh menampal stem dengan hanya menggunakan tenaga angin. Kumpulan yang telah diwakili oleh Ershal (Malaysia), Ny Norin(Kemboja) dan Nadifa (Indonesi) telah merangkul gelaran Johan bagi pertandingan Kumpulan B.
Pada 1 Mac 2009, aktiviti lawatan telah diadakan bagi menghilangkan penat lelah para peserta dalam menyelesaikan LEGO selam dua hari berturut-turut. Tempat-tempat yang dilawati ialah Royal Palace, di sini kamai diperlihatkan tinggalan istana yang dahulu berserta senjata ketika pertempuran di medan perang. Kesannya, kami dapat membuka minda seluas-luasnya serta mendapat pengalaman berada ketika di zaman dahulu kala. Tempat kedua yang dilawati ialah Muzium Negara Kemboja. Muzium ini menceritakan tentang agama, sosiobudaya, adat istiadat dan matawang Kemboja. Secara keseluruhannya, agama rasmi bagi Kemboja ialah agama Buddha.
Pada 2 dan 3 Mac 2009, kem ini diteruskan dengan aktiviti Robot Scavenger di bawah tunjuk ajar penuntut University of Technology Tokyo. Penerangan dan penjelasan telah dikemukakan melalui persembahan multimedia power point. Robot ini merupakan sesuatu yang baru kerana tidak melibatkan komponen LEGO berbanding dengan pertaningan yang kami sertai selama ini. Robot ini juga tidak perlu diprogram kerana mempunyai alat kawalan tersendiri. Para peserta hanya perlu merekacipta reka bentuk robot yang terbaik bagi menyelesaikan misi yang telah ditetapkan.
Pemasangan serta pengubahsuaian robot ini diperuntukan masa selama dua hari. Setelah tamat sesi pemasangan selama dua hari, Pertandinga Robot Scavenger telah diadakan. Misi pertandingan kali ini ialah memasukkan bola ping pong dan tin aluminium ke dalam kotak yang telah ditetapkan dan diberi masa selam tiga minit. Segala penat lelah peserta terutamanya peserta Malaysia telah terbalas apabila Irex Dee Gabriel dan ahli kumpulannya Kim Ley telah dinobatkan sebagai Johan Robot Scavenger 2009, Cambodia.