Tuesday, September 28, 2010

World Robotic Olympiad 2009

Sekolah Menengah Sains Sabah telah mewakili Malaysia ke World Robot Olympiad 2009 yang diadakan di Pohang, Korea Selatan pada 7-8 November 2009. Ini adalah kali Ke-3 secara berturut-turut SMESH mewakili negara ke pertandingan robotik peringkat antarabangsa. Pasukan SMESH telah diwakili oleh Emir Yusoff, Mohd Nisham Chong dan Mohd Amnan Kassim manakala guru pengiring ialah Cik Asmawati Japar. Guru yang turut mengikuti kontigen ke WRO korea ialah En. Tan Hin Long dan Pn. Koh Ah Gek. Pengetua SMESH Tn.Hj.Zaini Bin Zair turut mengiring pelajar ke Pohang, Korea Selatan. Walaupun peserta SMESH hanya mendapat sijil penyertaan sahaja tetapi kamai berasa sangat bangga kerana dapat membawa cabaran SMESH ke peringkat antarabangsa. Kami berharap pasukan SMESH yang akan datang dapat memaparkan prestasi yang lebih cemerlang lagi.

Wednesday, August 4, 2010

LAPORAN LAWATAN KE UNIT ROBOTIK, SEKOLAH KEJUTERAAN TEKNOLOGI DAN MAKLUMAT, UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Kelab Robotik SMESH telah membuat lawatan ke Unit Robotik, Sekolah Kejuruteraan Teknologi dan Maklumat, UMS pada 6 Mei 2010 ( Khamis). Seramai 27 orang pelajar yang diiringi oleh Cik Rosihan dan En. Tan Hin Long telah menyertai lawatan yang penuh bermakna ini. Pelajar-pelajar yang terlibat adalah terdiri daripada tingkatan 1, 2 dan 4. Pelajar-pelajar mula berkumpul di depan Dewan Seri Kinabalu pada pukul 8.00 pagi untuk menunggu bas yang akan membawa kami ke UMS.

Pelajar-pelajar SMESH tiba di SKTM pada pukul 8.30 pagi. Kedatangan kami disambut oleh Puan Kuani, Penolong Pegawai Sains, SKTM. Kami telah dijemput ke sebuah dewan kuliah yang terletak di Tingkat 2, Block A untuk mengikuti sesi taklimat.
Sesi Taklimat dimulakan oleh Dr. Muralindran Mariappan, Ketua Program untuk Electrik dan Elektronik, SKTM. Beliau telah memberikan taklimat yang sangat menarik dan terperinci tentang robot dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di SKTM dalam bidang robotik. Antara isi ceramah beliau adalah seperti berikut :
a) Robot History
b) Robot Classification
c) Introduction to Robot Component
d) Introduction to RIVer ( Robotics & Intelligent Vehicles Research Group)
Kami juga diberikan taklimat tentang SKTM secara umum oleh En. Ruslan. Selepas taklimat, kami telah menjamu selera pada pukul 11.00 pagi sebelum meneruskan program yang seterusnya.

Terdapat 3 makmal yang utama di SKTM iaitu, FMS Robotics Lab, Robocon & Smartcar Competition Lab dan RIVeR Research Lab. Dalam FMS Robotics Lab, terdapat satu system pemasangan automatik yang lengkap yang terdiri daripada 4 jenis robot. Sistem pemasangan ini telah diimport dari Negara luar dan merupakan salah satu system yang paling canggih di Malaysia pada masa kini. Pelajar telah diberi peluang untuk melihat bagaimana system pemasangan dan pengasingan boleh dilakukan oleh robot secara automaik. Pelajar juga diberi peluang untuk melihat dengan dekat fungsi keempat-empat robot yang diimport itu.

Di Robocon & Smartcar Competition Lab pula kami diberi taklumat oleh seorang pelajar tahun akhir jurusan robotik. Pelajar-pelajar yang menyertai pertandingan Robocon menjalan aktiviti dan persiapan mereka di sini. UMS telah menrangkul tempat ketiga pada pertandingan Robocon pada tahun 2009 dan juara dalam SMARTCAR competition tahun 2009. Kami telah melihat sendiri bagaimana keadaan di makmal tersebut semasa pelajar membuat persiapan pertandingan.

Makmal akhir yang dilawat ialah RIVeR Research Lab, makmal ini dikendalikan oleh pelajar-pelajar yang menjalankan master degree. Projek yang sempat kami saksikan ialah DOCbot. DOCbot ialah robot yang akan menolong doctor untuk melakukan pemeriksaan jarak jauh. Robot ini masih berada pada tahap percubaan dan akan dikomersialkan tidak lama lagi. Kami telah diberikan demonstrasi terperinci tentang fungsi robot ini. Di samping itu, Kumar, seorang pelajar master degree juga memperkenalkan kami tentang komponen-komponen yang diperlukan dalam membina robot seperti microcip, switch, RF transmitter, RF receiver, motor dan sensor-sensor yang lain.

Selepas lawatan yang menarik di makmal robotik SKTM, satu upacara ringkas telah diadakan untuk menyampaikan cenderamata kepada SKTM dan Unit Robotik yang disempurnakan oleh Cik Rosinah selaku GKMP jabatan sains. Rombongon sekolah pulang pada jam 12.20pm. Banyak pengetahuan dan ilmu yang bermanfaat yang telah kami perolehi sepanjang aktiviti ini.

Kami berharap pihak sekolah akan menyediakan kami dengan aktiviti yang sedemikian untuk meningkatkan semangat kami untuk pertandingan Robotik akan datang.
Sekian, terima kasih
Disediakan oleh,
Shelawati

Lawatan MRSM Kota Kinabalu ke Robotic Research Centre SMESH





Pada 2 hingga 3 Ogos 2010, Pasukan Robotik dari MRSM Kota Kinabalu telah mengadakan lawatan ke Robotic Research Centre SMESH. Pasukan robotik MRSM terdiri daripada 7 orang pelajar dan diiringi oleh En. Syam. Tujuan lawatan ini adalah untuk menjalankan latihan dan memantapkan lagi pasukan robotik MRSM dalam menghadapi pertandingan Robotik antara MRSM seluruh Negara yang akan diadakan pada 5 Ogos 2010 nanti di Kubang Pasu, Kedah.

Laporan Pertandingan Robotik Peringkat Zone Sabah Dan Labuan 2010






Pada 25 Julai yang lalu, SMESH telah menjadi tuan rumah bagi pertandingan Robotik Peringkat Zone Sabah dan Labuan. Pada pertandingan ini, SMESH telah diwakili oleh satu pasukan dalam setiap kategori yang dipertandingkan,

1) Vertical Limit : Aethonyus, Ifzaa, Ameruddin
2) Treasure Hunt : Jordan , Bernie, Rasyid
3) Open Upper : Shelawati, Danester, Hafiz, Farhan
4) Open Lower : Syahmi, Khairul, Muazzam, Hadi

Keputusan Pertandingan :
1) Vertical Limit : Aethonyus, Ifzaa, Ameruddin Johan
2) Treasure Hunt : Jordan , Bernie, Rasyid Naib Johan
3) Open Upper : Shelawati, Danester, Hafiz, Farhan Naib Johan
4) Open Lower : Syahmi, Khairul, Muazzam, Hadi Johan

Secara keseluruhannya, 2 pasukan robotik SMESH iaitu pasukan bagi Vertical Limit dan kategori Terbuka menengah Rendah akan mewakili Sabah dan Labuan ke Pertandingan Robotik Peringkat Kebangsaan 2010 yang akan dilangsungkan di Kuantan, Pahang pada bulan September nanti.

Laporan Pertandingan Robotik Peringkat Gabungan KK 2010






Pada 10 Julai yang lalu, SMESH telah menjadi tuan rumah bagi pertandingan Robotik Peringkat daerah Kota Kinabalu. SMESH telah menghantar 11 pasukan untuk mengambil bahagian dalam pertandingan ini. 4 pasukan telah menyertai vertical Limit ( Upper Secondary), 5 pasukan bagi kategori Treasure Hunt (Lower Secondary), 1 pasukan terbuka Menengah Atas dan 1 pasukan Terbuka Menengah Rendah. Keputusan pertandingan adalah seperti berikut :-

1) Vertical Limit : no. 10 : Farhan, Azril, Danester
no.3 : Aenthonyus, Ifzaa, Ameruddin.

2) Treasure Hunt : no.6 :Calvin Christopher, Nobert Francis, Jon Greyley
no.5 :Amir Azfar, Hadi Imran, Shardiyan
no.4 :Kevin Jack Ahkui, Ilkana Jonathan, Firdaus Johari
no.1 :Bernie Bert, Jordan Rapain, Rasyed Ardi

3) Open category : Kedua-dua pasukan telah melayakkan diri ke pertandingan peringkat zone Sabah dan Wilayah persekutuan Labuan.
Lower : Muazzam Mohidin, Mohd Khairul Basri, Syahmi Taufiq
Upper : Tengku Juliana, Qhairul Bakri, Mohammad Syukri Sainal,
Hafiz Dzulkifli

Secara keseluruhannya, 4 pasukan SMESH telah melayakkan diri ke pertandingan Robotik Peringkat Zone Sabah Dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Monday, August 2, 2010

National Robotics Competition 2010 - District









PROJECT : ELECTROPARK SIGNBOARD

1. IDENTIFICATION OF PROBLEM

i) Parking spaces especially in big cities are increasingly limited nowadays. Therefore, some people tend to reserve a parking space for themselves by putting a ‘reserved’ signboard on it, to obstruct other vehicles from being parked on it. This method maybe helpful, but then, difficulties come when people want to park their car on the reserved parking space. They have to stop for a while, come out of their car and remove the blocking signboard before they can park on it. Definitely, it would not be pleasurable for the drivers to do so or asking someone to help them for the job. That is because it is time consuming as well as quite bothersome. In addition, the drivers definitely do not want to come out of their car to remove the blocking signboard in hot and rainy day.
ii) Limited parking space is also one of the main problem faced by the residents in housing estates. Commonly, only one parking space is provided for one family in housing estates. However, some family may have more than one vehicle. Therefore, some of them may park their car on other people’s parking space. As a result, misunderstand between the residents in housing estates often occur.

2. Based on the problems mentioned, we gained an idea to invent a helpful device in order to solve the problem. We invented an electronic signboard to replace the ordinary ‘reserved’ signboard commonly used presently.

HOW DOES IT WORK?
- This is an electronic signboard. It can be controlled by a remote control which applies Bluetooth technology to raise or lower the signboard.

This means, the drivers do not have to come out of their car anymore to remove the blocking signboard before they can park on it. Instead, the electronic signboard can be controlled by the remote control, which the drivers use to control the electronic signboard from inside their car. They no longer have to come out of their car in hot or rainy day, as well as wasting their time for parking.
The resident in condominium or apartment can also apply this device on their parking space. The main benefit is , their parking space cannot be used by other vehicle and no more misuse will happen in future.

The electronic signboard is also equipped with a sensor to avoid car stealing which occur at night.

Once the car is park as shown above, the sensor will be turned on. In case the car is stolen, the sensor will activate the alarm. The sensor can only be switch off by the owner who have the remote control.

POTENTIAL TO BE COMMERCIALIZE

This device has a high potential to be commercialized based because of the decreasing of parking space. More people rent private parking space in the cities. The number of vehicle on the road increases every year. The demand for private parking space become very drastic. Electropark signboard can be installed easily by everyone based on the DIY concept.