Tuesday, September 28, 2010

World Robotic Olympiad 2009

Sekolah Menengah Sains Sabah telah mewakili Malaysia ke World Robot Olympiad 2009 yang diadakan di Pohang, Korea Selatan pada 7-8 November 2009. Ini adalah kali Ke-3 secara berturut-turut SMESH mewakili negara ke pertandingan robotik peringkat antarabangsa. Pasukan SMESH telah diwakili oleh Emir Yusoff, Mohd Nisham Chong dan Mohd Amnan Kassim manakala guru pengiring ialah Cik Asmawati Japar. Guru yang turut mengikuti kontigen ke WRO korea ialah En. Tan Hin Long dan Pn. Koh Ah Gek. Pengetua SMESH Tn.Hj.Zaini Bin Zair turut mengiring pelajar ke Pohang, Korea Selatan. Walaupun peserta SMESH hanya mendapat sijil penyertaan sahaja tetapi kamai berasa sangat bangga kerana dapat membawa cabaran SMESH ke peringkat antarabangsa. Kami berharap pasukan SMESH yang akan datang dapat memaparkan prestasi yang lebih cemerlang lagi.