Showing posts with label Robotic Reports. Show all posts
Showing posts with label Robotic Reports. Show all posts

Tuesday, September 28, 2010

World Robotic Olympiad 2009

Sekolah Menengah Sains Sabah telah mewakili Malaysia ke World Robot Olympiad 2009 yang diadakan di Pohang, Korea Selatan pada 7-8 November 2009. Ini adalah kali Ke-3 secara berturut-turut SMESH mewakili negara ke pertandingan robotik peringkat antarabangsa. Pasukan SMESH telah diwakili oleh Emir Yusoff, Mohd Nisham Chong dan Mohd Amnan Kassim manakala guru pengiring ialah Cik Asmawati Japar. Guru yang turut mengikuti kontigen ke WRO korea ialah En. Tan Hin Long dan Pn. Koh Ah Gek. Pengetua SMESH Tn.Hj.Zaini Bin Zair turut mengiring pelajar ke Pohang, Korea Selatan. Walaupun peserta SMESH hanya mendapat sijil penyertaan sahaja tetapi kamai berasa sangat bangga kerana dapat membawa cabaran SMESH ke peringkat antarabangsa. Kami berharap pasukan SMESH yang akan datang dapat memaparkan prestasi yang lebih cemerlang lagi.

Wednesday, August 4, 2010

LAPORAN LAWATAN KE UNIT ROBOTIK, SEKOLAH KEJUTERAAN TEKNOLOGI DAN MAKLUMAT, UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Kelab Robotik SMESH telah membuat lawatan ke Unit Robotik, Sekolah Kejuruteraan Teknologi dan Maklumat, UMS pada 6 Mei 2010 ( Khamis). Seramai 27 orang pelajar yang diiringi oleh Cik Rosihan dan En. Tan Hin Long telah menyertai lawatan yang penuh bermakna ini. Pelajar-pelajar yang terlibat adalah terdiri daripada tingkatan 1, 2 dan 4. Pelajar-pelajar mula berkumpul di depan Dewan Seri Kinabalu pada pukul 8.00 pagi untuk menunggu bas yang akan membawa kami ke UMS.

Pelajar-pelajar SMESH tiba di SKTM pada pukul 8.30 pagi. Kedatangan kami disambut oleh Puan Kuani, Penolong Pegawai Sains, SKTM. Kami telah dijemput ke sebuah dewan kuliah yang terletak di Tingkat 2, Block A untuk mengikuti sesi taklimat.
Sesi Taklimat dimulakan oleh Dr. Muralindran Mariappan, Ketua Program untuk Electrik dan Elektronik, SKTM. Beliau telah memberikan taklimat yang sangat menarik dan terperinci tentang robot dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di SKTM dalam bidang robotik. Antara isi ceramah beliau adalah seperti berikut :
a) Robot History
b) Robot Classification
c) Introduction to Robot Component
d) Introduction to RIVer ( Robotics & Intelligent Vehicles Research Group)
Kami juga diberikan taklimat tentang SKTM secara umum oleh En. Ruslan. Selepas taklimat, kami telah menjamu selera pada pukul 11.00 pagi sebelum meneruskan program yang seterusnya.

Terdapat 3 makmal yang utama di SKTM iaitu, FMS Robotics Lab, Robocon & Smartcar Competition Lab dan RIVeR Research Lab. Dalam FMS Robotics Lab, terdapat satu system pemasangan automatik yang lengkap yang terdiri daripada 4 jenis robot. Sistem pemasangan ini telah diimport dari Negara luar dan merupakan salah satu system yang paling canggih di Malaysia pada masa kini. Pelajar telah diberi peluang untuk melihat bagaimana system pemasangan dan pengasingan boleh dilakukan oleh robot secara automaik. Pelajar juga diberi peluang untuk melihat dengan dekat fungsi keempat-empat robot yang diimport itu.

Di Robocon & Smartcar Competition Lab pula kami diberi taklumat oleh seorang pelajar tahun akhir jurusan robotik. Pelajar-pelajar yang menyertai pertandingan Robocon menjalan aktiviti dan persiapan mereka di sini. UMS telah menrangkul tempat ketiga pada pertandingan Robocon pada tahun 2009 dan juara dalam SMARTCAR competition tahun 2009. Kami telah melihat sendiri bagaimana keadaan di makmal tersebut semasa pelajar membuat persiapan pertandingan.

Makmal akhir yang dilawat ialah RIVeR Research Lab, makmal ini dikendalikan oleh pelajar-pelajar yang menjalankan master degree. Projek yang sempat kami saksikan ialah DOCbot. DOCbot ialah robot yang akan menolong doctor untuk melakukan pemeriksaan jarak jauh. Robot ini masih berada pada tahap percubaan dan akan dikomersialkan tidak lama lagi. Kami telah diberikan demonstrasi terperinci tentang fungsi robot ini. Di samping itu, Kumar, seorang pelajar master degree juga memperkenalkan kami tentang komponen-komponen yang diperlukan dalam membina robot seperti microcip, switch, RF transmitter, RF receiver, motor dan sensor-sensor yang lain.

Selepas lawatan yang menarik di makmal robotik SKTM, satu upacara ringkas telah diadakan untuk menyampaikan cenderamata kepada SKTM dan Unit Robotik yang disempurnakan oleh Cik Rosinah selaku GKMP jabatan sains. Rombongon sekolah pulang pada jam 12.20pm. Banyak pengetahuan dan ilmu yang bermanfaat yang telah kami perolehi sepanjang aktiviti ini.

Kami berharap pihak sekolah akan menyediakan kami dengan aktiviti yang sedemikian untuk meningkatkan semangat kami untuk pertandingan Robotik akan datang.
Sekian, terima kasih
Disediakan oleh,
Shelawati

Lawatan MRSM Kota Kinabalu ke Robotic Research Centre SMESH





Pada 2 hingga 3 Ogos 2010, Pasukan Robotik dari MRSM Kota Kinabalu telah mengadakan lawatan ke Robotic Research Centre SMESH. Pasukan robotik MRSM terdiri daripada 7 orang pelajar dan diiringi oleh En. Syam. Tujuan lawatan ini adalah untuk menjalankan latihan dan memantapkan lagi pasukan robotik MRSM dalam menghadapi pertandingan Robotik antara MRSM seluruh Negara yang akan diadakan pada 5 Ogos 2010 nanti di Kubang Pasu, Kedah.

Laporan Pertandingan Robotik Peringkat Zone Sabah Dan Labuan 2010






Pada 25 Julai yang lalu, SMESH telah menjadi tuan rumah bagi pertandingan Robotik Peringkat Zone Sabah dan Labuan. Pada pertandingan ini, SMESH telah diwakili oleh satu pasukan dalam setiap kategori yang dipertandingkan,

1) Vertical Limit : Aethonyus, Ifzaa, Ameruddin
2) Treasure Hunt : Jordan , Bernie, Rasyid
3) Open Upper : Shelawati, Danester, Hafiz, Farhan
4) Open Lower : Syahmi, Khairul, Muazzam, Hadi

Keputusan Pertandingan :
1) Vertical Limit : Aethonyus, Ifzaa, Ameruddin Johan
2) Treasure Hunt : Jordan , Bernie, Rasyid Naib Johan
3) Open Upper : Shelawati, Danester, Hafiz, Farhan Naib Johan
4) Open Lower : Syahmi, Khairul, Muazzam, Hadi Johan

Secara keseluruhannya, 2 pasukan robotik SMESH iaitu pasukan bagi Vertical Limit dan kategori Terbuka menengah Rendah akan mewakili Sabah dan Labuan ke Pertandingan Robotik Peringkat Kebangsaan 2010 yang akan dilangsungkan di Kuantan, Pahang pada bulan September nanti.

Laporan Pertandingan Robotik Peringkat Gabungan KK 2010






Pada 10 Julai yang lalu, SMESH telah menjadi tuan rumah bagi pertandingan Robotik Peringkat daerah Kota Kinabalu. SMESH telah menghantar 11 pasukan untuk mengambil bahagian dalam pertandingan ini. 4 pasukan telah menyertai vertical Limit ( Upper Secondary), 5 pasukan bagi kategori Treasure Hunt (Lower Secondary), 1 pasukan terbuka Menengah Atas dan 1 pasukan Terbuka Menengah Rendah. Keputusan pertandingan adalah seperti berikut :-

1) Vertical Limit : no. 10 : Farhan, Azril, Danester
no.3 : Aenthonyus, Ifzaa, Ameruddin.

2) Treasure Hunt : no.6 :Calvin Christopher, Nobert Francis, Jon Greyley
no.5 :Amir Azfar, Hadi Imran, Shardiyan
no.4 :Kevin Jack Ahkui, Ilkana Jonathan, Firdaus Johari
no.1 :Bernie Bert, Jordan Rapain, Rasyed Ardi

3) Open category : Kedua-dua pasukan telah melayakkan diri ke pertandingan peringkat zone Sabah dan Wilayah persekutuan Labuan.
Lower : Muazzam Mohidin, Mohd Khairul Basri, Syahmi Taufiq
Upper : Tengku Juliana, Qhairul Bakri, Mohammad Syukri Sainal,
Hafiz Dzulkifli

Secara keseluruhannya, 4 pasukan SMESH telah melayakkan diri ke pertandingan Robotik Peringkat Zone Sabah Dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Monday, October 5, 2009

LAPORAN ROBOTIK KALI KE - 5 PERINGKAT KEBANGSAAN BERTEMPAT DI PUSAT SAINS NEGARA


TEMPAT : PUSAT SAINS NEGARA KUALA LUMPUR
TARIKH 30 SEPTEMBER - 2 OKTOBER 2009
Sekolah Menengah Sains Sabah telah menghantar 3 pasukan robotik untuk menyertai Pertandingan Robotik Kebangsaan 2009 yang berlangsung di Pusat Sains Negara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Seramai 9 orang pelajar dan seorang guru pengiring terlibat dalam pertandingan ini. Kategori pertandingan yang disertai oleh SMESH ialah:
a) Robot Planting ( Lower Secondary)- Emir Eusoffe, Mohd. Nisham Chong, Mohd Amnan bin Mohd Kassim
b) Robot Energizing ( Upper Secondary) - Isamuddin Ismail, Humphrey, Salman Paulmie
c)Open Category ( Lower Secondary) - Mohd Amnan bin Mohd Kassim, Aizuddin Aguse, Qhairul Bakri dan Mohd Syukri ( mentor)
Keputusan Pertandingan
a) Robot Planting - Johan
b) Robot Energizing- Naib Johan
c) Open Category - Best Innovative Award & Excellent Award (6)
Pasukan yang menjadi Johan akan mewakili Malaysia ke World Robot Olympiad 2009 yang akan berlangsung di Pohang, Korea Selatan pada 6 - 8 November 2009. Tahniah dan syabas kepada semua peserta SMESH yang telah mengambil bahagian dalam NRC 2009 dan mencapai kejayaan yang membanggakan.
SMESH bertaraf dunia !!!!!

Friday, September 18, 2009

Laporan LEGO Engineering Conference Singapore 2008

Pada 10hb. Mac 2008 saya telah bertolak ke Singapura untuk menyertai LEGO Engineering Conference yang telah diadakan di Singapore Science Centre. Malaysia telah menghantar 3 orang peserta untuk mengikuti Conference ini. Saya tiba di Singapura pada pukul 2.00pm dengan menaiki kapal terbang yang sampai ke Changi Airport secara terus. Saya telah bertemu dengan 2 orang peserta yang lain di tempat penginapan iaitu YMCA International House di Orchard Road.

LEGO Engineering Conference ini dianjurkan bersama oleh Singapore Science Centre, National University of Singapore, Tufts University Center for Engineering Educational Outreach dan LEGO. LEGO Engineering Conference ini telah dihadiri oleh oleh peserta-peserta dari Malaysia, Singapura, Philipina, Denmark dan Jepun. LEGO Engineering Conference bertujuan memahirkan peserta tentang penggunaan LEGO MINDSTORMS dan robotik kit dalam penggajaran sains dan matematik. Selain daripada itu peserta juga dapat belajar menjadikan robotik kit alat untuk mengajar kreativiti dan inovasi dan seterusnya menghasilkan product di pasaran yang akan meningkatkan kualiti hidup kita.

Pada 11hb.Mac 2008, Conference dimulakan pada 9.00am dengan ucapan alu-aluan daripada Prof. Marcelo Hang dari National University of Singapore. Seramai 50 peserta telah menyertai Conference pada kali ini. Majlis diteruskan dengan ucapan utama yang disampaikan oleh Prof. Chris Rogers dari Tufts University, Medford, USA. Semua peserta berhenti selama 30 minit untuk mengambil sarapan pagi. Majlis disambung dengan pembentangan kertas kerja. Sebanyak 5 kertas kerja telah dibentangkan pada simposium kali ini. Saya telah diberi penghormatan untuk membentangkan satu kertas kerja yang bertajuk “ Application of LEGO Robotic Kit in Senior High School Physics”. Melalui simposium ini, saya telah mendapat satu gambaran yang jelas apa yang berlaku di negara maju seperti Singapore dalam perlaksanaan sistem pengajaran dan pembelajaran dengan bantuan LEGO Robotic Kit. Saya juga mendapat gambaran bagaimana LEGO Robotic Kit boleh digunakan untuk mengajar mata pelajaran engineering. Peserta-peserta dihidangkan dengan makan tengahari yang lazat selapas simposium tersebut. Sesi di sebelah petang diambil-alih oleh Prof. Chris Rogers yang merupakan pereka software MINDSOTRM dan ROBOLAB. Prof. Chris Rogers telah mengajar peserta-peserta bagaimana menggunakan Robolab Investigator untuk menjalankan aktiviti pengumpulan data dan data analisis. Ini adalah teknik yang amat berguna sekali terutamanya bagi guru-guru. Dengan teknik ini, Robot boleh membantu dalam menjalankan eksperimen dalam kelas dan boleh membantu pengumpulan data kerja lapangan seperti dalam mata pelajaran geografi, biologi dan banyak bidang lain.

Pada 12hb. Mac 2008, kami telah berkesempatan untuk melawat ke Rulang Primary School, Jurong East, Singapore yang mempunyai pengalaman luas dalam menggunakan Robot untuk P&P. Kami telah dibawa untuk melawat ke sekeliling sekolah dan terutama sekali bilik robotik sekolah tersebut yang luas dan serba lengkap. Sekolah tersebut mempunyai 48 set robot NXT disamping robot-robot lain. Visi sekolah tersebut ialah, pelajar-pelajar mesti menguasai kemahiran memprogramkan robot semasa mereka melangkah keluar dari sekolah tersebut. Sekolah ini mempunyai satu program yang lengkap menggunakan robot dalam setiap mata pelajaran untuk menarik minat pelajar terhadap pelajaran. Contohnya, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Geografi yang agak membosankan. Sekolah ini juga mempunyai pencapaian yang sangat baik di peringkat antarabangsa dalam bidang robotik. Selain daripada itu, kami juga berkesempatan untuk menyaksikan ROBOFEST yang sedang diadakan di sekolah tersebut. Saya telah bertolak balik ke Kota Kinabalu melalui Changi Airport pada pukul 2.15pm.

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Sasbadi Sdn. Bhd. kerana memilih dan membiayai lawatan saya kali ini. Saya juga berterima kasih kepada pihak sekolah kerana memberikan peluang kepada saya untuk melawat ke negara lain untuk melihat pekembangan Robotik.

Monday, August 17, 2009

Anugerah Khas Robotik SBP 2009





Sekolah Menengah Sains Sabah telah diberi Anugerah Khas Robotik 2009 sempena Hari Kecemerlangan SBP yang berlangsung di Sekolah Sri Puteri, Putrajaya, Kuala Lumpur. Anugerah ini diberi atas pencapaian pasukan robotik SMESH yang telah 3 kali mewakili Malaysia ke acara robotik yang bertaraf antarabangsa.
1. World Robot Olympiad 2007, Taipei, Taiwan.
2. World Robot Olympiad 2008, Yokohama, Japan.
3. Second Science and Technology Camp for Youth in South East Asia 2009 (Robot Scarvenging), Phnom Penh, Cambodia.
Anugerah Khas Robotik SBP telah disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin di Putrajaya International Convention Centre (PICC). Anugerah ini telah di terima oleh En. Tan Hin Long selaku guru pembimbing robotik SMESH dan pelajar-pelajar yang terlibat ialah Raysieo Duakin, Irex Dee Gabriel dan Ershal Emasain.

Friday, May 29, 2009

National Robotic Competition 2009-Zone Sabah & WP Labuan

Date : 25 May 2009
Venue : Likas Chung Hwa Primary School
SMESH sent 6 teams to participate in the National Robotic Competition 2009, Zone Sabah & WP Labuan Competition. Around 100 participants involved in this competition. They are the champion from all the district competition in Sabah. The participants of the competition were listed below :

Robot Planting ( Lower Secondary)
a) Emir Eusoffe bin Ruslan
Mohd Nisham Chong
Imran Yasipin
b) Mohd Amnan bin Mohd Kassim
Mohd Firdaus
Kamal

Robot Energizing ( Upper Secondary)
a) Isamuddin Ismail
Hamphrey Jinuin
Shalman Paumie
b) Mohd Naqueeb
Mohd Azri
Hasna

Open Category (Lower Secondary)
Kasmia
Sri Sharmila
Mohd Hans

Open Category (Upper Secondary)
Mohd Syukri
Shanon
Amir Hussin

The result of the competition

Robot Planting ( Lower Secondary)
Champion - Emir Eusoffe bin Ruslan, Mohd Nisham Chong, Imran Yasipin
Second - Mohd Amnan bin Mohd Kassim, Mohd Firdaus, Kamal

Robot Energizing ( Upper Secondary)
Champion - Isamuddin Ismail, Humphrey Jinuin, Shalman Paumie
Fourth - Mohd Naqueeb, Mohd Azri, Hasna

Open Category (Upper Secondary)
Fourth - Mohd Syukri, Shanon, Amir Hussin

Open Category (Lower Secondary)
Champion - Kasmia, Sri Sharmila, Mohd Hans

The champion of each category will represent Sabah to the National Robotic Competition 2009 in National Science Centre, Bukit Kiara, Kuala Lumpur on October.
Well done to all the participants !!!!

National Robotic Competition 2009-District Competition



SMESH participated in the National Robotic Competition 2009, district competition on 20 May 2009. The competition was being held at SJKC Chung Hwa, Likas. SMESH sent 11 teams to participate in this competition. The teams were accompanied by Cik Asmawati as the teacher in charge. The participants name list and category entered is listed below :

Robot Energizing ( Upper Secondary)

group 1: Isamuddin Ismail
Shalman Paumie
Humphrey Jinuin

group 2: Muhammad Naqueeb
Mohd. Azri bin Norazman
Hasna binti Parakkasi

Group 3: Johan Syahriz bin Muhaiyar
Shahnon Rizal Thaijudin
Ahmad Asyraf

Group 4: Nurul ayu izzaty roynie
Ummi fauzianul Husna abdul rahman
Nur Syahirah ahmad

Robot Planting (Lower Secondary)

group 1: Emir Eusoffe bin Ruslan
Mohd. Nisham Chong
Imran bin Yasipin

group 2: Mohd. Amnan bin Mohd. Kassim
Mohd. Kamal Hafiz
Mohd Firdaus bin Mohd Zain

group 3: Aizuddin bin Aguse
Ahmad Firdaus bin Jamal
Md. Zulhilmi Aiman bin Zamharir

group 4: Muhammad Hanif bin Ansit
Mohammed Noorfaiz bin Yusof
Muhammad Shahril bin Dzulkaftah

group 5: Mohammad Qhairul bin Bakri
Muhammad Zulfadhli Baharuddin
Mohammad Khaliq Nur bin Maluf





Open Category

Lower secondary : Kasmia Parussangi
Mohammad Hans Afifi bin HAssan
Sri Sharmila Indi Asha

Upper Secondary : Shahnon Rizal Thaijudin
Muhammad Syukri bin Mohamad Sainal
Amir Hussin Adiee



The school contingent left the school as early as 6.30am in the morning and arrived at the venue of competition 7.00am. The students started their competition at 9.00am after being brief by the judges. The assembling and programming time given in the first trial was 1 hour and 30 minutes. First round of competition was conducted immediately after the time was over. In the first round of competition, the best result for the school in robot energizing was one complete mission and 3 bonus objects scored by Isamuddin, Hamprey and Shalman. The best result for Robot Planting was 21 objects with 2 penalties within 90 seconds. The result was scored by Emir, Nisham and.
All participants were given a 30 minutes testing time to prepare for the second round of competition. However, the results in the second round were not so good compare to the first round.

The result of the competition is listed below :

Robot Energizing (Upper Secondary)

Champion : Isamuddin Ismail
Shalman Paumie
Humphrey Jinuin


Second : Muhammad Naqueeb
Mohd. Azri bin Norazman
Hasna binti Parakkasi

Robot Planting (Lower Secondary)

Champion : Emir Eusoffe bin Ruslan
Mohd. Nisham Chong
Imran bin Yasipin


Second : Mohd. Amnan bin Mohd. Kassim
Mohd. Kamal Hafiz
Mohd Firdaus bin Mohd Zain



Third : Aizuddin bin Aguse
Ahmad Firdaus bin Jamal
Md. Zulhilmi Aiman bin Zamharir





In the open category competition, both groups qualify to participate in the National Robotic Competition 2009, Zone M competition.

Tuesday, March 24, 2009

Camp Science and Technology for Youth In Southeast Asia, Phnom Penh, Cambodia
















Pada 24 Feb 2009, SMESH telah menghantar 2 orang pelajar untuk mewakili Malaysia ke Science Camp and Technology di Phnom Penh, Kemboja. Pasukan SMESH yang diiringi oleh En. Tan telah bertolak dari KKIA pada pukul 10.00am dan tiba di KLIA pada pukuk 12.35pm. Kami telah menginap di Rumah Penginapan Sasbadi untuk satu malam. Kami juga dibawa untuk berjalan-jalan di sekitar Kota Damansara pada malam tersebut.
pada 25 Feb 2009, pasukan SMESH telah bertolak dari Sasbadi House lebih kurang pukul 5.00 pagi dan tiba di KLIA pukul 6.10am. Di sana, kami telah diberi sedikit taklimat oleh wakil dari Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu En. Raja Azahar. Kami juga berkenalan dengan rakan sepasukan dari Pulau Pinang. Seramai 3 orang peserta dari Pulau Pinang iaitu You JunTam, JianNing Teoh dan SiangLing yang akan menyertai Camp Science and Technology kali ini. Kami juga berkenalan dengan guru pengiring dan juga ketua rombongan yang akan menjaga kami sewaktu berada di Kemboja. Beliau ialah En. Ahmad Bushrah bin Abdul Rahman yang berasal dari Pahang dan diamanahkan untuk membawa rombongan mewakili Malaysia ke Kemboja. Kami bertolak dari KLIA pada pukul 9.30am dan tiba di Phnom Penh iaitu ibu Negara Kemboja pada pukul 11.20 pagi. Di sana ketibaan kami disambut oleh seorang pemandu jalan dan membawa kami ke Princess Hotel yang akan menjadi tempat penginapan kami selama kami berada di Kemboja. Kami beri tiga bilik dan setiap bilik ditempatkan 2 orang peserta. Kami mengambil kesempatan untuk berehat sepanjang hari itu.
Pada 26 Feb 2009, kami bangun awal dan bersiap sedia untuk pergi bersarapan pagi. pada pukul 7.00pagi, kami dibawa ke tempat di mana bengkel akan diadakan. Kami tiba di Cambodia Japan Cooperation Centre (CJCC) hanya beberapa minit selepas kami bertolak dari Princess Hotel. Di sana kami melihat robot Scarvenger yang telah dihasilkan oleh pelajar-pelajar University of Tokyo, University of Cambodia dan University of Indonesia. Kami juga diberi tugasan mengasing dan memasukkan komponen-komponen Lego ke dalam tempat-tempat yang betul di dalam kotak LEGO. Kami balik ke Princess Hotel tepat pada pukul 7.00 petang untuk berehat. Kami juga diberi tanda nama, pakaian dan beg galas. Pada hari itu, ramai peserta dari Kemboja, Singapura, Thailand, Laos, Timur dan Indonesia turut mendaftar. Kami diminta bangun awal setiap hari kerana bas akan bertolak pukul 7.00pagi ke CJCC.
Pada 27 Feb 2009, kami telah siap bersarapan pagi sebelum 7.00 pagi. Kami bertolak ke CJCC untuk menyertai upacara perasmian Kem Sains. Wakil dari Kementerian Pelajaran di Kemboja telah datang untuk merasmikan bengkel tersebut. Selepas itu, semua peserta dikumpulkan bagi memudahkan kerja pembahagian kumpulan. Kami dibahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian A dan Bahagian B. Dua daripada peserta Malaysia telah ditempatkan di Bahagian A dan 3 orang peserta di Bahagian B. Peserta di bahagian masing-masing dibahagikan lagi kepada kumpulan kecil yang terdiri daripada 3 orang peserta dari Negara yang berlainan. Selepas pembahagian kumpulan, kami diberi sedikit taklumat tentang projek yang akan kami lakukan nanti. Peserta di bahagian A telah memulakan fasa 1 iaitu membina Walker, Magno Bird dan Dragster dengan menggunakan LEGO. Setiap kali sesuatu robot itu siap direka, satu pertandingan kecil akan diadakan. Kami membuat projek ini sehingga pukul 6.30 petang.
Pada 28 Feb 2009, program diteruskan dengan modul LEGO fasa kedua. Seramai dua orang penuntuk University Technology of Indonesia telah membimbing kami bagi melaksanakan modul LEGO tersebut. Modul LEGO fasa kedua telah bermula seawal 7.00 pagi sehingga 6.00 petang. Setelah tiba di CJCC, aktiviti pemasangan LEGO dilaksanakan. Hasil yang kami perolehi ialah Solar Car, Ferri Wheel dan Windmill. Objektif penghasilan solar car adalah untuk menerangkan kepada para pelajar tentang penukaran tenaga solar kepada tenaga kinetik. Di samping itu, para pelajar juga diberi kelonggaran untuk menghasilkan atau mengubah kereta solar agar bertambah laju ketika diuji di litar perlumbaan. Selain itu, objektif bagi penghasilan Ferris Wheel adalah untuk melahirkan pereka cipta muda. Selain itu, pelajar diajar tentang penukaran tenaga solar kepada tenaga kinetik. Tenaga kinetik yang dihasilkan oleh Ferris Wheel juga digunakan untuk memindahkan beban yang terlalu berat ke tempat yang tinggi. Penghasilan Windmill merupakan idea yang berbeza berbanding solar car dan Ferris Wheel kerana melibatkan tenaga yang lain iaitu tenaga angin. Tenaga angin ini telah diterjemah kepada tenaga yang membolehkan manusia melihat iaitu tenaga cahaya. Tenaga cahaya ini telah digunakan bagi mencantikkan Ferris Wheel.
Setelah selesai kesemua modul LEGO, satu pertandingan telah diadakan bagi setiap kumpulan A dan B. Pertandingan yang berlangsung bagi kumpulan B ialah kelajuan solar car manakala kumpulan A ialah rekacipta suatu mesin yang boleh menampal stem dengan hanya menggunakan tenaga angin. Kumpulan yang telah diwakili oleh Ershal (Malaysia), Ny Norin(Kemboja) dan Nadifa (Indonesi) telah merangkul gelaran Johan bagi pertandingan Kumpulan B.
Pada 1 Mac 2009, aktiviti lawatan telah diadakan bagi menghilangkan penat lelah para peserta dalam menyelesaikan LEGO selam dua hari berturut-turut. Tempat-tempat yang dilawati ialah Royal Palace, di sini kamai diperlihatkan tinggalan istana yang dahulu berserta senjata ketika pertempuran di medan perang. Kesannya, kami dapat membuka minda seluas-luasnya serta mendapat pengalaman berada ketika di zaman dahulu kala. Tempat kedua yang dilawati ialah Muzium Negara Kemboja. Muzium ini menceritakan tentang agama, sosiobudaya, adat istiadat dan matawang Kemboja. Secara keseluruhannya, agama rasmi bagi Kemboja ialah agama Buddha.
Pada 2 dan 3 Mac 2009, kem ini diteruskan dengan aktiviti Robot Scavenger di bawah tunjuk ajar penuntut University of Technology Tokyo. Penerangan dan penjelasan telah dikemukakan melalui persembahan multimedia power point. Robot ini merupakan sesuatu yang baru kerana tidak melibatkan komponen LEGO berbanding dengan pertaningan yang kami sertai selama ini. Robot ini juga tidak perlu diprogram kerana mempunyai alat kawalan tersendiri. Para peserta hanya perlu merekacipta reka bentuk robot yang terbaik bagi menyelesaikan misi yang telah ditetapkan.
Pemasangan serta pengubahsuaian robot ini diperuntukan masa selama dua hari. Setelah tamat sesi pemasangan selama dua hari, Pertandinga Robot Scavenger telah diadakan. Misi pertandingan kali ini ialah memasukkan bola ping pong dan tin aluminium ke dalam kotak yang telah ditetapkan dan diberi masa selam tiga minit. Segala penat lelah peserta terutamanya peserta Malaysia telah terbalas apabila Irex Dee Gabriel dan ahli kumpulannya Kim Ley telah dinobatkan sebagai Johan Robot Scavenger 2009, Cambodia.

Friday, February 20, 2009




Laporan World Robotic Olympiad 2007, Taipei Taiwan
15- 19 November 2007

Sekolah Menengah Sains Sabah telah menghantar satu pasukan robotik untuk mewakili Malaysia ke pertandingan WRO yang berlangsung di Taiwan. Pasukan ini diwakili oleh 3 orang pelajar dan seorang guru. Pelajar tersebut ialah Mohd. Asyraf Raslim, Al-Faruqqi Zaini dan Mohd. Asri Mohd. Suud. Guru pengiring ialah En. Tan Hin Long.
Pasukaan sekolah telah bertolak ke ibu pejabat Sasbadi Sdn. Bhd. yang bertempat di Kota Damansara, Kuala Lumpur pada 13hb. November 2007. Di Kuala Lumpur, semua pasukan yang bertanding telah berkumpul untuk menjalani latihan berpusat. Semasa latihan berpusat, wakil-wakil negara telah dapat mengenali antara satu dengan lain dengan lebih rapat dan mesra.
Pada 15 November, satu majlis Penyerahan Jalur Gemilang telah berlangsung di Kementerian Pelajaran Malaysia. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Y.A.B Datuk Seri Hishammudin, Menteri Plajaran Malaysia. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah En. Alimuddin,Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Pn. Norizan Bapoo, Pengarah Bahagian Sekolah, En , Ketua Setiausaha Kementerian. Selepas majlis penyerahan jalur gemilang, kontinjen Malaysia telah bertolak ke Lapangan Terbang KLIA dan bertolak ke Taiwan pada pukul 3.15pm. Kontinjen negara telah selamat sampai ke destinasi pada pukul 8.00pm pada hari yang sama. Penerbangan tersebut telah mengambil selama 4 jam. Kontinjen Malaysia yang diiringi oleh En. Aidi Jantan telah disambut oleh dengan bas dan dihantar untuk makan malam. Selepas itu, kontinjen negara telah menginap di CHUTO Hotel, sebuah hotel bertaraf 5 bintang.
Pada 16 November, kontinjen negara telah bersarapan pagi di Chuto Hotel dan bertolak pada pukul 10.00am ke Pusat Latihan Belia Chien Tan. Ini adalah tempat di mana semua pasukan dunia akan menginap dan untuk menjalani latihan sebelum pertandingan. Kontinjen negara telah mendaftarkan diri dan pasukan sekolah menginap di bilik 1708. Guru-guru pengiring dan jurulatih-jurulatih telah meninjau kawasan latihan pertandingan dan mengambil keputusan bahawa kontinjen negara tidak perlu menunjukkan robot pada malam tersebut. Mesyuarat jurulatih diadakan pada 8pm untuk menjelaskan semua kemusykilan tentang peraturan pertandingan. Mesyarat kontinjen negara pula diadakan pada pukul 10pm. Pasukan SMESH telah menjalani latihan programming secara ringkas dan tidur lebih awal untuk menghadapi cabaran pada keesokan hari. Pada masa yang sama, En. Tan Hin Long telah diberikan peluang untuk membentangkan satu kertas kerja yang bertajuk ‘ LEGO Robotic Education Set in High School Physics’ di WRO Workshop pada hari tersebut.
Pada 17 November kontinjen negara telah bertolak dari Chein Tan Oversea Youth Centre dengan menggunakan bas menuju ke pusat pertandingan World Robotic Olympiad. Pertandingan WRO diadakan di Stadium National Taiwan Universiti, Universiti yang paling terkenal di Taiwan. Pertandingan dimulakan pada pukul 9am. Sebanyak 22 buah negara telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Antaranya ialah Jepun, Korea, Singaura, Taiwan dan lain-lain lagi. Acara yang dipertandingkan dalam pusingan yang pertama ialah Alishan Timber Loader. Masa kuarantin yang diperuntukan ialah satu jam. Dalam acara ini, pasukan sekolah kurang berjaya kerana hanya dapat menaiki bukit dan tidak berjaya mengambil tin minuman yang diletakkan. Robot Sorting dimulakan pada pukul 2pm selepas makan tengahari. Dalam pertandingan ini, pasukan sekolah telah menumjukkan prestasi yang cermerlang dengan menyempurkan 7 daripada 8 objek yang diberikan. Selepas pertandingan semua pasukan telah balik semula ke Chien Tan Oversea Youth Centre untuk berehat dan menunggu keputusan pertandingan yang akan diketahui pada keesokan harinya. Pada malam tersebut pasukan sekolah telah mengambil kesempatan untuk melawat ke Night Market yang paling besar di Taiwan.
Pada 18 November kontinjen negara telah tiba ke Stadium NTU pada pukul 8.30am. Majlis makan dan upacara dimulakan pada pukul 10.00am. Acara yang gilang gemilang ini dimulakan dengan persembahan tarian singa, tarian tradisional dan okestra. Daripada keputusan yang diumumkan pasukan sekolah telah mendapat tempat ke-4 dalam pertandingan WRO category Senior High School dan dianugerahkan WRO Excellent Award. Selepas majlis penyampaian hadiah dan makan tengahari, kontinjen negara telah dibawa melawat ke beberapa tempat perlancongan yang menarik di Taipei. Tempat pertama yang dilawat ialah National Palace Muzium yang menyimpan pelbagai bahan antik bersejarah negara Cina. Selepas itu, kami melawat ke sebuah pusat menjual jed yang terkenal di Taipei dan menara paling tinggi di dunia Taipei 101.Lawatan kami yang terakhir ialah ke tempat ke pusat memborong pakaian yang terkenal di Taiwan. Kontinjen negara tinggal di Fortune hotel pada malam tersebut.
Pada 19 Nvember pasukan sekolah telah check-out dari hotel seawall 4.30am. Kami tiba di lapangan terbang TaoYuan pada pukul 5.45am. Selepas urusan check-in, kami mengambil kesempatan membeli-belah di lapangan terbang tersebut. Pasukan sekolah menaiki flight pada pukul 8.00am dan tiba di Kota Kinabalu pada pukul 11.20am.
Walaupun pasukan sekolah hanya mampu menduduki tempat ke-4 dalam pertandingan, kami berbangga kerana dapat membawa cabaran negara ke peringkat dunia. kami berharap pasukan robotik yang akan datang dapat meneruskan cabaran kami lagi.