Thursday, July 23, 2009

Taklimat Robotik PK Kokum SBP





Taklimat Robotik oleh Pasukan Robotik SMESH
sempena

Mesyuarat dan Kursus Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Berasrama Penuh


Pasukan Robotik SMESH telah mengadakan taklimat robotik kepada Penolong-penolong Kanan Kokurikulum, Sekolah Berasrama Penuh yang diadakan di Dewan Seri Kinabalu pada 21 Julai 2009 ( Selasa). Seramai 56 orang penolong kanan kokum telah menghadiri taklimat tersebut.

Aturcara Taklimat :

1. Pengenalan umum tentang sejarah Robotik di SMESH oleh Raysieo Duakin ( Pengerusi Kelab Robotik)

2. Perkongsian pengalaman tentang Robot Scavenging dan South East Asia Youth Camp Phnom Penh, Cambodia oleh Ershal Emasain.

3. Demonstrasi
Robot Planting – Emir yusoff, Nisham Chong
Robot Energizing – Isamuddin Ismail, Shalman Paumie, Humphrey Jinuin
Robot Sketcher – Sri Shamila, Kasmia, Muhammad Syukri.
Remote Control – Isamuddin, Humphrey, Muhammad Syukri, Shalman.

Semua PK Kokum melibatkan diri dengan aktif dalam taklimat tersebut dan menunjukkan minat yang sangat tinggi terhadap robotik. Banyak soalan yang telah ditujukan kepada pelajar-pelajar yang membuat demonstrasi dan guru pembimbing. Diharapkan SBP akan meningkatkan usaha dalam mengembangkan robotik di kalangan pelajar SBP pada masa akan datang.