Friday, September 18, 2009

Laporan LEGO Engineering Conference Singapore 2008

Pada 10hb. Mac 2008 saya telah bertolak ke Singapura untuk menyertai LEGO Engineering Conference yang telah diadakan di Singapore Science Centre. Malaysia telah menghantar 3 orang peserta untuk mengikuti Conference ini. Saya tiba di Singapura pada pukul 2.00pm dengan menaiki kapal terbang yang sampai ke Changi Airport secara terus. Saya telah bertemu dengan 2 orang peserta yang lain di tempat penginapan iaitu YMCA International House di Orchard Road.

LEGO Engineering Conference ini dianjurkan bersama oleh Singapore Science Centre, National University of Singapore, Tufts University Center for Engineering Educational Outreach dan LEGO. LEGO Engineering Conference ini telah dihadiri oleh oleh peserta-peserta dari Malaysia, Singapura, Philipina, Denmark dan Jepun. LEGO Engineering Conference bertujuan memahirkan peserta tentang penggunaan LEGO MINDSTORMS dan robotik kit dalam penggajaran sains dan matematik. Selain daripada itu peserta juga dapat belajar menjadikan robotik kit alat untuk mengajar kreativiti dan inovasi dan seterusnya menghasilkan product di pasaran yang akan meningkatkan kualiti hidup kita.

Pada 11hb.Mac 2008, Conference dimulakan pada 9.00am dengan ucapan alu-aluan daripada Prof. Marcelo Hang dari National University of Singapore. Seramai 50 peserta telah menyertai Conference pada kali ini. Majlis diteruskan dengan ucapan utama yang disampaikan oleh Prof. Chris Rogers dari Tufts University, Medford, USA. Semua peserta berhenti selama 30 minit untuk mengambil sarapan pagi. Majlis disambung dengan pembentangan kertas kerja. Sebanyak 5 kertas kerja telah dibentangkan pada simposium kali ini. Saya telah diberi penghormatan untuk membentangkan satu kertas kerja yang bertajuk “ Application of LEGO Robotic Kit in Senior High School Physics”. Melalui simposium ini, saya telah mendapat satu gambaran yang jelas apa yang berlaku di negara maju seperti Singapore dalam perlaksanaan sistem pengajaran dan pembelajaran dengan bantuan LEGO Robotic Kit. Saya juga mendapat gambaran bagaimana LEGO Robotic Kit boleh digunakan untuk mengajar mata pelajaran engineering. Peserta-peserta dihidangkan dengan makan tengahari yang lazat selapas simposium tersebut. Sesi di sebelah petang diambil-alih oleh Prof. Chris Rogers yang merupakan pereka software MINDSOTRM dan ROBOLAB. Prof. Chris Rogers telah mengajar peserta-peserta bagaimana menggunakan Robolab Investigator untuk menjalankan aktiviti pengumpulan data dan data analisis. Ini adalah teknik yang amat berguna sekali terutamanya bagi guru-guru. Dengan teknik ini, Robot boleh membantu dalam menjalankan eksperimen dalam kelas dan boleh membantu pengumpulan data kerja lapangan seperti dalam mata pelajaran geografi, biologi dan banyak bidang lain.

Pada 12hb. Mac 2008, kami telah berkesempatan untuk melawat ke Rulang Primary School, Jurong East, Singapore yang mempunyai pengalaman luas dalam menggunakan Robot untuk P&P. Kami telah dibawa untuk melawat ke sekeliling sekolah dan terutama sekali bilik robotik sekolah tersebut yang luas dan serba lengkap. Sekolah tersebut mempunyai 48 set robot NXT disamping robot-robot lain. Visi sekolah tersebut ialah, pelajar-pelajar mesti menguasai kemahiran memprogramkan robot semasa mereka melangkah keluar dari sekolah tersebut. Sekolah ini mempunyai satu program yang lengkap menggunakan robot dalam setiap mata pelajaran untuk menarik minat pelajar terhadap pelajaran. Contohnya, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Geografi yang agak membosankan. Sekolah ini juga mempunyai pencapaian yang sangat baik di peringkat antarabangsa dalam bidang robotik. Selain daripada itu, kami juga berkesempatan untuk menyaksikan ROBOFEST yang sedang diadakan di sekolah tersebut. Saya telah bertolak balik ke Kota Kinabalu melalui Changi Airport pada pukul 2.15pm.

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Sasbadi Sdn. Bhd. kerana memilih dan membiayai lawatan saya kali ini. Saya juga berterima kasih kepada pihak sekolah kerana memberikan peluang kepada saya untuk melawat ke negara lain untuk melihat pekembangan Robotik.

No comments:

Post a Comment