Wednesday, August 4, 2010

LAPORAN LAWATAN KE UNIT ROBOTIK, SEKOLAH KEJUTERAAN TEKNOLOGI DAN MAKLUMAT, UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Kelab Robotik SMESH telah membuat lawatan ke Unit Robotik, Sekolah Kejuruteraan Teknologi dan Maklumat, UMS pada 6 Mei 2010 ( Khamis). Seramai 27 orang pelajar yang diiringi oleh Cik Rosihan dan En. Tan Hin Long telah menyertai lawatan yang penuh bermakna ini. Pelajar-pelajar yang terlibat adalah terdiri daripada tingkatan 1, 2 dan 4. Pelajar-pelajar mula berkumpul di depan Dewan Seri Kinabalu pada pukul 8.00 pagi untuk menunggu bas yang akan membawa kami ke UMS.

Pelajar-pelajar SMESH tiba di SKTM pada pukul 8.30 pagi. Kedatangan kami disambut oleh Puan Kuani, Penolong Pegawai Sains, SKTM. Kami telah dijemput ke sebuah dewan kuliah yang terletak di Tingkat 2, Block A untuk mengikuti sesi taklimat.
Sesi Taklimat dimulakan oleh Dr. Muralindran Mariappan, Ketua Program untuk Electrik dan Elektronik, SKTM. Beliau telah memberikan taklimat yang sangat menarik dan terperinci tentang robot dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di SKTM dalam bidang robotik. Antara isi ceramah beliau adalah seperti berikut :
a) Robot History
b) Robot Classification
c) Introduction to Robot Component
d) Introduction to RIVer ( Robotics & Intelligent Vehicles Research Group)
Kami juga diberikan taklimat tentang SKTM secara umum oleh En. Ruslan. Selepas taklimat, kami telah menjamu selera pada pukul 11.00 pagi sebelum meneruskan program yang seterusnya.

Terdapat 3 makmal yang utama di SKTM iaitu, FMS Robotics Lab, Robocon & Smartcar Competition Lab dan RIVeR Research Lab. Dalam FMS Robotics Lab, terdapat satu system pemasangan automatik yang lengkap yang terdiri daripada 4 jenis robot. Sistem pemasangan ini telah diimport dari Negara luar dan merupakan salah satu system yang paling canggih di Malaysia pada masa kini. Pelajar telah diberi peluang untuk melihat bagaimana system pemasangan dan pengasingan boleh dilakukan oleh robot secara automaik. Pelajar juga diberi peluang untuk melihat dengan dekat fungsi keempat-empat robot yang diimport itu.

Di Robocon & Smartcar Competition Lab pula kami diberi taklumat oleh seorang pelajar tahun akhir jurusan robotik. Pelajar-pelajar yang menyertai pertandingan Robocon menjalan aktiviti dan persiapan mereka di sini. UMS telah menrangkul tempat ketiga pada pertandingan Robocon pada tahun 2009 dan juara dalam SMARTCAR competition tahun 2009. Kami telah melihat sendiri bagaimana keadaan di makmal tersebut semasa pelajar membuat persiapan pertandingan.

Makmal akhir yang dilawat ialah RIVeR Research Lab, makmal ini dikendalikan oleh pelajar-pelajar yang menjalankan master degree. Projek yang sempat kami saksikan ialah DOCbot. DOCbot ialah robot yang akan menolong doctor untuk melakukan pemeriksaan jarak jauh. Robot ini masih berada pada tahap percubaan dan akan dikomersialkan tidak lama lagi. Kami telah diberikan demonstrasi terperinci tentang fungsi robot ini. Di samping itu, Kumar, seorang pelajar master degree juga memperkenalkan kami tentang komponen-komponen yang diperlukan dalam membina robot seperti microcip, switch, RF transmitter, RF receiver, motor dan sensor-sensor yang lain.

Selepas lawatan yang menarik di makmal robotik SKTM, satu upacara ringkas telah diadakan untuk menyampaikan cenderamata kepada SKTM dan Unit Robotik yang disempurnakan oleh Cik Rosinah selaku GKMP jabatan sains. Rombongon sekolah pulang pada jam 12.20pm. Banyak pengetahuan dan ilmu yang bermanfaat yang telah kami perolehi sepanjang aktiviti ini.

Kami berharap pihak sekolah akan menyediakan kami dengan aktiviti yang sedemikian untuk meningkatkan semangat kami untuk pertandingan Robotik akan datang.
Sekian, terima kasih
Disediakan oleh,
Shelawati

No comments:

Post a Comment